Followers

Saturday 6 July 2013

Mengapa kita mudah menghukum


Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, hari ini saya mempunyai sedikit ruang untuk berkongsi serta mencoretkan nasihat didalam ruangan blog ini. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman hidup saya yang mungkin akan menjadi iktibar pada para pembaca. Namun saya tidak akan menceritakan kisah hidup saya, yang ingin saya kongsikan apa yang telah saya lalui, agar pembaca tidak akan melalui perkara yang sama.
Kita sebagai manusia memang tidak akan lari dari berbuat khilaf, namun sedarkah kita sekiranya khilaf yang kita lakukan samada dalam keadaan kita sengaja atau tidak, mahupun sedar atau tidak. Dari itu kita sebagai manusia, khususnya pembaca yang sering melakukan kekhilafan bukalah dan lapangkan hati kita untuk memohon maaf kepada Allah taala serta sahabat andai sekiranya ada kesilapan serta kesalahan yang kita lakukan. Mungkin kita tidak sedar, adakalanya diri kita telah banyak melakukan kesilapan. Apa yang saya maksudkan bukan kesilapan terhadap manusia, tapi kekhilafan terhadap Allah swt. Oleh itu cari lah punca,dan cubalah membetulkan keadaan dan sebagai manusia janganlah pula kita menghukum manusia yang lain atas kesilapan insan yang lain. Kerana sebagai manusia kita tidak mempunyai hak dalam menghukum orang yang lain. Apa yang saya kesalkan apabila ada sesetengah pihak yang suka menghukum orang hanya dengan menilai luaran seseorang. Adakah tanpa membaca isi kandungan sesebuah buku kita sudah dapat memastikan bahawa buku itu adalah sebuah buku yang kurang menarik? Untuk mengetahui samada sesebuah buku itu menarik atau tidak kita haruslah mengetahui isi kandungannya dahulu dan begitulah juga dalam usaha mengenali seseorang insan. Adakah kerana dia tidak mempunyai wang lebih seperti kita lalu dia menolak pelawaan kita apabila kita mengajak dia pergi berbelanja dan adakah disebabkan itu, kita layak melabelkan dia seorang yang kedekut? Saudara dan saudariku, sebelum kita menilai jati diri seseorang, cubalah kita mengenali dirinya, dan cubalah elakkan dari sikap serkap jarang dan sentiasa menuduh secara membabi buta. Apa hak kita?! Perkara ini sering  berlaku apabila kita mendengar umpatan serta fitnah, lalu dengan tanpa usul periksa kita terus mempercayai usul itu. Adakah ini adil bagi insan yang difitnah? Dek hanya insan itu seorang pelacur? Penjenayah? Perogol? Bekas penagih dadah? Adakah disebabkan itu kita terus memandang serong? Saya kecewa melihat masyarakat yang sering mencari aib saudaranya, saya juga turut terkilan dengan mereka-mereka yang sering mempercayai fitnah-fitnah yang disampaikan. Adakah kita merasakan apa yang mereka rasa? Diraut wajah mereka, mungkin terukir senyuman, namun dihati mereka? Siapa yang tahu? Saudara serta saudari pembaca, adakah kita tahu jika mereka sedang menangisi dugaan mereka? Tatkala mereka cuba untuk hidup gembira seperti insan yang lain, kita pula dengan sesuka hati memberi penderitaan terhadap mereka. Dimana rasa simpati kita? Sesungguhnya memfitnah, menindas dan menghukum tanpa usul adalah satu dosa. Bayangkan dek kerana mulut kita yang selalu menyampaikan berita palsu, oleh kerana telinga kita yang gemar mendengar fitnah, seorang insan lain yang lemah terpaksa menanggung keperitan. Tatkala mereka cuba mencari tempat untuk mengadu, tika mereka cuba mencari alas untuk menitiskan air mata, ada pula insan yang tidak lagi mampu mempercayai mereka, tidak lagi mahu mendengar keluhan mereka. Saudara serta saudariku yang dirahmati, sedih sekiranya perkara ini berlaku terhadap diri ini. Bayangkan jika kita ditempat mereka. Tiada teman dan dianggap pelik kerana sering berseorangan, walhal kita sendiri yang memulaukan mereka. Sebagai nasihat bagi mereka yang melalui nasib seperti ini, tabahkan lah hati anda, mungkin sahabat-sahabat anda terlepas pandang akan kebaikan kecil yang anda lakukan, sahabat anda tidak bermaksud untuk menganiaya anda. Maafkanlah mereka. Kerana sebagai seorang sahabat yang baik, kita tidak mahu melihat sahabat kita menderita di hari perhintungan kerana dosa mereka terhadap kita, begitu juga dengan mereka yang tidak mampu bertahan mendengar keluhan dirimu, sayangi lah mereka dan hargailah mereka seperti mana waktu mereka bersedia mendengar keluhanmu. Mereka tidak merasakan apa yang kamu rasa dan mungkin itulah sebabnya mereka tidak mampu sentiasa berada disampingmu dan tersalah anggap tentang dirimu. Jadilah engkau hamba Allah yang sentiasa bersabar kerana engkau juga mungkin mempunyai kekurangan serta acap kali berbuat khilaf.

Tuesday 9 April 2013

 Assalamualaikumwarahmatullah....

Setelah beberapa hari mempelajari macam mana nak menjadi seorang blogger ni, hari ini baru lah aku ada masa dan ruang bercerita sikit dalam blog aku ni. hehehehe...pertama sekali aku bersyukur pada Allah taala sebab aku masih diberikan kesempatan untuk menhirup udara segar serta oksigen...maksudnya aku still bernyawa lah...hehehe...Alhamdullilah...untuk pengetahuan korang...aku nie tak lah pandai sangat bab-bab mengarang nie, tapi saja jerw nak gedik-gedik jadi blogger...hehehe dah tengok ramai kawan dok main blog...aku pun ingat nak try r...and akhirnya ada juga lah blog sendiri...(tapi ambil dari orang juga=yang orang dah tak nak).. :-p....ok lah tak nak panjang kan cerita...sampai sini dulu untuk permulaan...faham-faham lah yerw....kalau ada typo kerw..tak pandai mengarang ke...tak menarik kerw or apa-apa jerw..harap korang faham..hehehehe.aku ni kan baru belajar...masih setahun jagung..omputih cakap amateur..
ok lah apa-apa pun hope korang akan enjoy lah membaca blog aku suatu hari nanti k...aku akan cuba jadi kan blog nie berguna dari segi penulisan serta dapt menghiburkan perasaan korang...